Enter 468x60 Ad Code Here

Kebebasan beragama dan hak asasi manusia

Allah Taala menjadikan perbuatan manusia terbahagi kepada dua; daruri (terpaksa ikut) dan ikhtiari (pilihan). Antara perbuatan daruri yang memaksa manusia melakukannya tanpa sebarang bantahan ialah kerlipan mata, perjalanan darah, dengupan jantung dan seumpama yang lain. Manusia tidak mampu menahan kerlipan mata, dengupan jantung atau aliran darah yang mengalir di tubuhnya. Sekiranya ditahan maka akan timbul akibat yang buruk seperti kematian dan kesakitan pada fizikal tubuh badan manusia itu.

Perbuatan yang bersifat ikhtiari atau pilihan pula bermaksud manusia diberi pilihan untuk melakukan atau meninggalkannya. Kesan daripada perlakuan kepada perbuatan ikhtiari atau pilihan itu bergantung pada hukum yang ditentukan oleh agama. Begitu jugalah sebaliknya. Namun begitu secara manusiawi, ia boleh menentukan kehendaknya berdasarkan pilihan hati. Antara perbuatan ikhtiari atau pilihan itu ialah keinginan untuk beriman dan kufur, makan, minum, berjalan, duduk dan sebagainya.

Isu memilih anutan agama adalah termasuk dalam perbuatan ikhtiari (pilihan) di mana ianya ialah satu pilihan yang  Allah Taala berikan kepada manusia. Walaupun Allah s.w.t. boleh menggunakan kuasaNya untuk memaksa manusia memilih Islam sebagai anutan, namun Dia tidak menggunakan kuasaNya untuk memaksa manusia melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu.

Bagi membantu manusia membuat pilihan yang betul, Allah s.w.t. mengurniakan manusia dengan akal fikiran supaya mereka boleh berfikir dan mengkaji tentang kejadian alam seperti  malam dan siang yang silih berganti. Sekiranya manusia benar-benar berfikir dan berusaha mencari kebenaran, akhirnya mereka akan bertemu dan melihat kekuasaan Allah s.w.t. melalui kebesaran penciptaan langit dan bumi, malam dan siang, bulan dan matahari dan air laut yang pasang dan surut.

Allah s.w.t. juga mengutuskan nabi dan rasul sebagai pembawa petunjuk dan hidayah. Nabi dan rasul ditugaskan untuk mengajak manusia beriman kepada Allah dan Rasul, serta melarang manusia daripada melakukan syirik dan menyekutukan Allah Taala. Para nabi dan rasul juga mengajar manusia cara beribadat yang betul kepada Allah Taala, selain daripada mengajar mereka adab dan akhlak yang mulia. Semua perkara tersebut terdapat dalam ajaran yang diwahyu dan diturunkan Allah Taala melalui kitab-kitab dan lembaran-lembaranNya.

Walaupun Allah Taala tidak memaksa manusia menganut agama Islam, itu tidak bermakna manusia bebas memilih agama yang mereka suka. Melalui kurniaan akal fikiran dan pengutusan para nabi dan rasul, manusia dipertunjukkan dua jalan yang jelas di penghujungnya. Satu jalan yang dihiasi dengan keseronokan, kelalaian dan kejahatan, di mana penghujungnya adalah derita dan kesengsaraan. Manakala satu jalan lagi dihiasi dengan onak dan duri, kesusahan, kesabaran dan takwa, di mana penghujungnya adalah kebahagiaan dan kesenangan abadi.

Sebab itulah dalam al-Quran Allah Taala memerintahkan kepada manusia seluruhnya agar menganut agama Islam dan menyerah diri kepada Allah yang mencipta mereka dan menjadikan siang dan malam untuk mereka berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Tetapi kejahatan yang melingkari kehidupan manusia telah menutup hati-hati tersebut daripada menyahut seruan dan perintah Allah Taala.

Kebebasan beragama adalah satu undang-undang yang dicipta oleh manusia bagi membolehkan sesiapa sahaja sama ada lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak, muslim atau non muslim boleh membuat keputusan sendiri tanpa terikat dengan ikatan kekeluargaan dan kefahaman bagi memilih agama mana yang mereka ingin anuti. Malah mereka juga boleh memilih untuk tidak beragama. Benarkah manusia dilepas bebas memilih tanpa sebarang panduan dan bimbingan?

Sejarah menceritakan tentang kezaliman gereja yang berlaku kepada masyarakat Barat dan Eropah pada zaman kegelapan dahulu, di mana segala hukum dan undang-undang manusia berada di bawah kuasa gereja. Rakyat tidak mempunyai sebarang kuasa bantahan dan penambahbaikan. Segala bentuk pembaharuan yang cuba diperkenalkan akan menerima akibat yang buruk, sama ada dibakar, dibunuh atau dipenggal lehernya.

Kezaliman ini menimbulkan gerakan liberalisasi yang cuba membebaskan kuasa gereja ke atas rakyat sehingga gerakan ini berjaya mengalahkan kuasa gereja dan meletakkan bidang kuasa gereja kepada ritual keagamaan sahaja. Manakala semua kuasa, undang-undang, kehakiman, kewangan, ketenteraan dan lain-lain telah berjaya dirampas daripada kuasa gereja.

Kesan daripada itu timbul gerakan humanisme yang menolak kuasa Tuhan sebagai pemutus kata terhadap kehidupan manusia. Manusia lebih berhak dan tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Gerakan humanisme inilah yang melahirkan kefahaman hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh semua manusia. Bahkan terdapat juga sebahagian daripada umat Islam terpengaruh dengan keadilan yang diperjuangkan oleh gerakan humanisme ini.

Melalui gerakan hak asasi manusia inilah lahirnya berbagai perjuangan kebebasan yang ingin bebas dari segala bentuk belenggu undang-undang, ikatan adab resam dan budaya, seperti kebebasan beragama, kebebasan berkahwin sesama jenis, kebebasan seks tanpa ikatan yang sah dan lain-lain lagi. Gerakan hak asasi manusia yang mengabaikan aspek ajaran dan tuntutan agama amat berbahaya kepada kelangsungan hidup yang sejahtera, selamat dan aman damai.

Sejarah membuktikan kesejahteraan dan kedamaian manusia hanya boleh dicapai apabila manusia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang mengatur dan menguruskan jalan hidupnya. Undang-undang apakah yang lebih baik dan sempurna kalau bukan undang-undang dan peraturan Islam yang dilaksanakan oleh pemerintah beriman dan berkuasa.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita dan Keluarga
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber: Laman Web Wanita ISMA

Related posts:

  1. Tarbiyah zatiah dorong daei jadi lebih inovatif & kreatif Tarbiyah zatiah merupakan satu rangsangan dalam diri seseorang untuk berusaha...
  2. Menginsafi Realiti Sepanjang saya berada di Mesir selama tujuh tahun, tidak pernah...
  3. ISMA pandang positif pendirian rasmi PAS mengenai hudud ISMA memandang positif pendirian terbaru PAS yang mengulangi ikrar untuk...
  4. Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisa Kritikal (Siri Akhir) Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Related Posts


We will keep You Updated...
Sign up to receive breaking news
as well as receive other site updates!
Sponsors


Featured Video
Sponsors
Enter 300x250 Ad Code Here
Popular Posts

ISMA pandang positif pendirian rasmi PAS mengenai hudud

ISMA memandang positif pendirian terbaru PAS yang mengulangi ikrar untuk melaksanakan hukum hudud jika dapat menguasai Putrajaya. Pendirian tersebut telah dikeluarkan oleh Tuan...

KEM TAHFIZ ANAK SOLEH (TAS)

Assalamualaikum wbt. Kelab Simba & Jasmin (NAZIM) dengan kerjasama Wanita ISMA Pulau Pinang akan menganjurkan program KEM TAHFIZ ANAK SOLEH (TAS) yang akan diadakan seperti...

Pemuda hari ini: Singa yang dijinakkan

Pemuda adalah rahsia bagi setiap kebangkitan umat yang dahagakan perubahan. Mereka di peringkat ini digelar oleh ulama silam sebagai Fasa Jununiyah (Fatrah Orang Gila). Mereka...

Ummu Habibah, Contoh Keperibadian Muslimah Sejati

Salah satu hasil yang membanggakan wanita muslimah dalam identiti Islamnya ialah beliau tidak pernah taat kepada apa saja selain Allah swt. Bahkan tidak juga kepada suaminya atau...
TV ISMA

http://tv.ismaweb.net

Galeri Gambar
Recent Posts

Ir. Khairat Syatir calon presiden Mesir

Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr Muhammad Mursi mengumumkan bahawa majlis tertinggi parti...

Ceramah Umum: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah

Ceramah Umum: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah Penceramah: Ustaz Mohd Yusoff bin Abd Mutalib (Naib...

Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC 1)

Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC 1) Tarikh: 5 Mei 2012 (Sabtu) Masa: 8.30 pagi hingga...

Beberapa prinsip asas dalam fiqh dakwah

Dakwah adalah seruan mengajak manusia ke jalan Allah. Ia adalah semulia-mulia tugas para nabi dan rasul....

3 Mac 1924: Mencari penyelesaian kebangkitan umat

88 TAHUN GERHANA Baiah para sahabat kepada Saidina Abu Bakar r.a yang telah membentuk sistem khilafah...
Recent Comments
Tak akan berlaku perdamaian dengan bangsa Israel hingga hari kiamat. Mereka akan dibunuh dengan batu. Pandai putaq alam "jika Israel
Last skali Anwar buat wayang lagi bagitau ayat diputaq belit kononnya "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan
Tanah Yusamadi bukan sebelah TNB laaa hang ni. Sebelah telekom daaa. Kalau hang dok atas bukit pemandangan indah,dari jauh hang dah
Dulu gua tabik betul sama Anwar masa mula-mula kena pecat Mahathir.Ceramah2 dia gua tak pernah miss, gua mesti pegi join. Berapi gil
Korang apa nak heran. Yahudi yang nikmat membunuh dan menyiksa orang tak berdosa pun sanggup dipertahankan. Inikan pula bangsa send
Tag Cloud
Enter Google Analytics Code Here