Enter 468x60 Ad Code Here

Kenyataan Anwar satu penyimpangan pemikiran

BANGI, 16 Januari – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemubual oleh BBC, bahawa undang-undang yang berkaitan dengan homoseksual di Malaysia sudah lapuk dan perlu diperbaharui.

Menurut beliau, pandangan Anwar itu merupakan satu penyimpangan pemikiran yang kini telah menjadikan hak asasi manusia sebagai rujukan tertinggi dalam percaturan politik di Malaysia.

‘Saya berpendapat ini merupakan satu penyimpangan pemikiran kerana sebagai seorang Islam, beliau perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan kepada hak asasi manusia.

“Hari ini kita melihat hak asasi manusia seolah-olah menjadi rujukan tertinggi dalam percaturan politik di Malaysia dan ini adalah sesuatu yang berbahaya sekiranya ia dibiarkan berlaku,” katanya.

Menurut Ustaz Abdullah Zaik, perkara tersebut boleh memesongkan pegangan umat Islam dan mengancam kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam walaupun isu tersebut mendapat sokongan daripada golongan yang mengamalkan budaya hidup homoseksual.

“Pemikiran sebegini boleh mengakibatkan pegangan dan pemahaman seorang muslim berubah daripada pegangan asal yang berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah, kepada pengambilan ideologi yang bukan Islam.

“Tidak ada mana-mana pihak yang mampu untuk mengubah dasar undang-undang dan perlembagaan di Malaysia yang berpaksikan sebagai sebuah negara Islam yang diduduki oleh pelbagai kaum serta bangsa,” ujarnya lagi.

Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa pemikiran sebegini boleh menimbulkan kecelaruan terhadap masyarakat khususnya golongan muda.

“Kecelaruan rujukan ini boleh menyebabkan kekeliruan yang besar kepada masyarakat terutama golongan muda. Jadi kita berpendapat Anwar perlu merujuk semula perkara ini dan kembali sebagai pejuang Islam yang mengangkat martabat Al-Quran dan Sunnah.”

Related posts:

  1. Kenyataan Media HIMPUN HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat Sidang media ini diadakan untuk...
  2. Hiburan: Tindakan Datuk Seri Azizan betul, tidak perlu runding BANDAR BARU BANGI, 15 Julai –Tindakan kerajaan Kedah di bawah...
  3. Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisa Kritikal (Siri 1) Pendahuluan Struktur politik Malaysia kini terbahagi kepada dua kelompok besar,...
  4. Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisa Kritikal (Siri Akhir) Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat...
  5. Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahaluf Siyasi Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisa Kritikal (Siri 2) Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Related Posts


We will keep You Updated...
Sign up to receive breaking news
as well as receive other site updates!
Sponsors


Featured Video
Sponsors
Enter 300x250 Ad Code Here
Popular Posts

ISMA pandang positif pendirian rasmi PAS mengenai hudud

ISMA memandang positif pendirian terbaru PAS yang mengulangi ikrar untuk melaksanakan hukum hudud jika dapat menguasai Putrajaya. Pendirian tersebut telah dikeluarkan oleh Tuan...

KEM TAHFIZ ANAK SOLEH (TAS)

Assalamualaikum wbt. Kelab Simba & Jasmin (NAZIM) dengan kerjasama Wanita ISMA Pulau Pinang akan menganjurkan program KEM TAHFIZ ANAK SOLEH (TAS) yang akan diadakan seperti...

Pemuda hari ini: Singa yang dijinakkan

Pemuda adalah rahsia bagi setiap kebangkitan umat yang dahagakan perubahan. Mereka di peringkat ini digelar oleh ulama silam sebagai Fasa Jununiyah (Fatrah Orang Gila). Mereka...

Ummu Habibah, Contoh Keperibadian Muslimah Sejati

Salah satu hasil yang membanggakan wanita muslimah dalam identiti Islamnya ialah beliau tidak pernah taat kepada apa saja selain Allah swt. Bahkan tidak juga kepada suaminya atau...
Galeri Gambar
Recent Posts

Ir. Khairat Syatir calon presiden Mesir

Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr Muhammad Mursi mengumumkan bahawa majlis tertinggi parti...

Ceramah Umum: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah

Ceramah Umum: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah Penceramah: Ustaz Mohd Yusoff bin Abd Mutalib (Naib...

Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC 1)

Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC 1) Tarikh: 5 Mei 2012 (Sabtu) Masa: 8.30 pagi hingga...

Beberapa prinsip asas dalam fiqh dakwah

Dakwah adalah seruan mengajak manusia ke jalan Allah. Ia adalah semulia-mulia tugas para nabi dan rasul....

3 Mac 1924: Mencari penyelesaian kebangkitan umat

88 TAHUN GERHANA Baiah para sahabat kepada Saidina Abu Bakar r.a yang telah membentuk sistem khilafah...
Recent Comments
Tak akan berlaku perdamaian dengan bangsa Israel hingga hari kiamat. Mereka akan dibunuh dengan batu. Pandai putaq alam "jika Israel
Last skali Anwar buat wayang lagi bagitau ayat diputaq belit kononnya "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan
Tanah Yusamadi bukan sebelah TNB laaa hang ni. Sebelah telekom daaa. Kalau hang dok atas bukit pemandangan indah,dari jauh hang dah
Dulu gua tabik betul sama Anwar masa mula-mula kena pecat Mahathir.Ceramah2 dia gua tak pernah miss, gua mesti pegi join. Berapi gil
Korang apa nak heran. Yahudi yang nikmat membunuh dan menyiksa orang tak berdosa pun sanggup dipertahankan. Inikan pula bangsa send
Tag Cloud
Enter Google Analytics Code Here