Enter 468x60 Ad Code Here

Ir. Khairat Syatir calon presiden Mesir

Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr Muhammad Mursi mengumumkan bahawa majlis tertinggi parti itu telah membuat keputusan untuk menyertai pilihanraya presiden negara itu dengan mencalonkan Ir Khairat Syatir sebagai wakil parti itu dengan persetujuan jemaah Ikhwan Muslimin.

Beliau menjelaskan semasa sidang media, “keadaan semasa di Mesir menunjukkan keadaan yang sukar bagi menjayakan proses demokrasi, dan keadaan ini bercanggah dengan apa yang kita kehendaki, dan parti juga melihat negara ini tidak menuju ke arah yang selamat”.

Beliau turut menegaskan bahawa parti itu berada di dalam keadaan yang amat bersedia untuk memikul tanggungjawab, kita lihat parlimen tidak mampu memenuhi permintaan rakyat, mahu tidak mahu mesti ada kuasa eksekutif (sultoh tanfiziah) bagi membentuk kerajaan bersama wakil-wakil masyarakat untuk mencapai cita-cita yang kita harapkan.

Tambah beliau, “dengan penuh rasa tanggungjawab, kami merasakan satu kepentingan untuk kami bergerak selangkah ke hadapan selepas usaha kami membentuk kerajaan hakiki terhalang oleh pelbagai cabaran, seperti yang berlaku terhadap kerajaan Dr Al-Janzuri, dan itulah yang mendorong kami untuk meletakkan calon presiden di peringkat ini daripada sejarah Mesir.”

Beliau berkata, “Keputusan ini bukanlah satu pencairan asas prinsip Ikhwan (taghyir mabadi’) tetapi ia adalah salah satu proses pengislahan yang berubah mengikut perkembangan terkini, dan Ikhwan tetap tegas dengan pendirian mereka yang lalu, melainkan berdasarkan perkembangan situasi politik semasa di dalam dan di luar negara yang menyebabkan kami meletakkan calon presiden, dan sesungguhnya kepentingan (maslahah) negara mengatasi kepentingan perkara lain.”

Sumber: Ikhwan Online

Diterjemahkan oleh:
Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin,
Pegawai Penyelidik,
Ikatan Muslimin Malaysia

Related posts:

  1. Pilihanraya Mesir: Fasa kedua bermula KAHERAH, 14 Disember: Fasa kedua Pilihanraya Parlimen Mesir berlangsung pada...
  2. UMNO perlu lakukan transformasi akhlak besar-besaran BANGI, 13 Januari – UMNO perlu membuat satu transformasi akhlak...
  3. Toleransi dengan agama lain ada batasnya – Presiden ISMA SHAH ALAM - Toleransi dan pergaulan orang Islam dengan agama-agama...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Ceramah Umum: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah

Ceramah Umum: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah

Penceramah: Ustaz Mohd Yusoff bin Abd Mutalib

(Naib Yang Dipertua, ISMA Kepala Batas)

Tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu)

Masa: 8.30 malam

Tempat: Pejabat ISMA, Kepala Batas, Pulau Pinang

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Related posts:

  1. Ceramah Bahaya & Ancaman Syiah Tajuk: Bahaya & Ancaman Syiah Tarikh: 4 Mac 2012 (Ahad)...
  2. Qiamullail Di Masjid Al-Marbawi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kepala Batas dengan kerjasama Masjid Al-Marbawi,...
  3. Jemputan Ceramah Perdana oleh Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr Assalamualaikum wbt, Dengan segala hormatnya, dijemput seluruh warga ISMA Perak,...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC 1)

Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC 1)

Tarikh: 5 Mei 2012 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

 Tempat: Institut Latihan Kepala Batas, Pulau Pinang

Yuran:

RM40 (Individu), RM70 (Suami isteri), RM35 (Berkumpulan melebihi 5 orang)

Pendaftaran:

Puan Suryani: 019-4117884, Puan Norashida: 013-5411386

http://ibubapasoleh.blogspot.com

Tarikh tutup pendaftaran: 30 April 2012

Related posts:

  1. Kem Eksplorasi Remaja Islam 2011 (KERIS 2011) Kem Eksplorasi Remaja Islam Tarikh:  10-12 Disember 2011 Tempat: Kem...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Beberapa prinsip asas dalam fiqh dakwah

Dakwah adalah seruan mengajak manusia ke jalan Allah. Ia adalah semulia-mulia tugas para nabi dan rasul. Dakwah tanda kita membesar dan mengagungkan Allah. Ia juaga tanda kasih sayang kita pada hamba-hamba Allah. Dakwah adalah sebesar-besar ibadah yang dipersembahkan seorang hamba kepada Robbnya.

Dakwah memiliki ciri yang unik dari sudut fiqhnya. Unik dari sudut prinsip, matlamat dan wasilah dakwah. Ini kerana dakwah adalah bersifat robbaniy. Manakala para du’at yang bijak ialah mereka yang terjun ke lapangan dakwah, berinteraksi dengan pelbagai sasarannya (mad’u), kaya dengan pengalaman lapangan, jiwa dan hatinya jatuh cinta pada dakwah, kecintaannya pada dakwah tinggi, dia fana’ dengan dakwah dan titik perhatian hidupnya adalah untuk dakwah. Dakwah adalah segala-galanya, dia hidup untuk dakwah dan dia mati kerana dakwah. Dakwah adalah perjuangan hidup matinya. Itulah da’ie atau kader dakwah.

Ada beberapa prinsip asas di dalam fiqh dakwah yang perlu difahami dan dimengerti oleh para kader dakwah :

Prinsip 1 : Al-Basiroh al-Wa’iyah (pandangan jauh penuh sedar)

  • Dakwah adalah seruan yang berdiri di atas basiroh. Basiroh ialah melihat sesuatu dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan penuh sedar. Ia adalah satu tuntutan al-Quran kepada para du’at. Firman Allah di dalam surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

  • Beberapa perkara yang perlu dikuasai oleh para du’at agar memiliki Basiroh al-Wa’iyah iaitu :
    • Memiliki kekuatan ilmu terutama seni penghujahan.
    • Menggabungkan kekuatan dua teras ilmu iaitu ilmu turath dan ilmu semasa.
    • Menimba ilmu, fiqh dan uslub dakwah dari para ulama dan du’at yang robbaniy.
  • Kemahiran menguasai fiqh dakwah tidak cukup dengan membaca dan merujuk buku-buku dakwah tetapi perlu bertalaqqi dan berguru dari para masyayeikh robbaniy. Ini kerana ia tidak cukup untuk membina dan mencetak para kader tanpa melalui manhaj ida’d du’at ar-robbaniy.
  • Kaedah menyatakan  :

لأن تصحب داعيا خير من أن تقرأ الف كتاب في الدعوة

Hendaklah kamu berdamping dengan seorang da’ie yang robbaniy lebih baik dari kamu membaca seribu kitab berkaitan dakwah”.

  • Kaedah ini menekankan kepentingan bertalaqqi dan menimba pengalaman dari syuyukh dakwah lebih awla dari membaca buku-buku dakwah. Ini kerana pra syuyukh dakwah telah memiliki himpunan pengalaman berharga di medan dan lapangan amal dan terbukti kethabatan mereka di jalan dakwah.

Prinsip 2 : Al-Hal As-Sodiq

  • Dakwah adalah seni. Dakwah yang berkesan ialah dakwah yang membuahkan amal atau tindakan.
  • Dakwah bukan sekadar ungkapan kata-kata semata-mata tetapi diterjemahan dengan satu perlakuan yang mewujudkan contoh-contoh hidup. Inilah yang dikatakan al-hal al-sodiq.
  • Dakwah yang hanya lontaran fikrah dan bahasa penulisan tanpa direalisasikan dalam bentuk amal atau qudwah, ia bukanlah dakwah yang efektif dan efesien. Dakwah adalah bahasa perbuatan, bahasa qudwah, bahasa amal dan bahasa contoh.
  • Da’ie adalah cerminan pada dakwahnya. Kaedah menyatakan: “faqidus syai la yu’ti” (orang yang tidak memiliki apa-apa tidak akan mampu memberi).
  • Untuk itu para du’at perlu:
    • Memiliki perlakuan benar yang menterjemahkan seruan dakwahnya. Ini perkara yang awal yang perlu diberi perhatian. Da’ie menjadi qudwah amali bagi dakwahnya.
    • Memelihara hati terutama untuk melembutkannya. Hati yang keras menjadi pendinding. Ia tidak akan memberi kesan dan menerima kesan.
    • Menyakini bahawa dakwah adalah satu risalah. Ia bukan satu jawatan atau kerja. Yakin bahawa dakwah tugas penting di dalam kehidupan dan dengannya Allah memuliakan para da’ie.

Prinsip 3 : Makrifatul al-‘Asr

  • Da’ie adalah manusia yang hidup untuk zamannya, umatnya dan tempat titik kehidupannya. Ia berinteraksi dengan zaman, tempat dan manusia.
  • Itulah medan dakwah seorang da’ie.
  • Seorang da’ie yang bijak ialah yang memahami lingkungan zaman, lingkungan umat dan lingkungan realiti yang ia hadapi.
  • Kaedah menyatakan:

من لم يعرف عصره على حقيقته فلن يفلح في تربيته وتوجيهه فضلا عن تغييره واصلاحه “

(Barangsiapa yang tidak memahami hakikat zamannya, maka ia tidak akan berjaya untuk mendidik dan mengarah umatnya apatah lagi untuk merubah dan membaikinya).

  • Untuk itu seorang da’ie perlu:
    • Merasai dan peduli terhadap permasalahan manusia, mengambil berat, mendekati dan menyelesaikan masalah mereka.
    • Tahu mengimbangi antara bersifat tempatan dan antarabangsa. Ini akan dapat membantu da’ie memahami realiti semasa. Dunia masakini ibarat perkampungan global, kepesatan alat media massa, kecanggihan ICT dan sebagainya. Para du’at perlu menyeimbangi dakwahnya dengan realiti masyarakat persekitarannya dengan keadaan dunia yang semakin berkembang. Ia perlu mencipta ruang dan merebut peluang untuk maslahah dakwah.
    • Kesepaduan [takamul] antara mengambil azimah dan rukhsah. Da’ie perlu memahami konsep azimah dan rukhsah. Tidak semua perkara perlu kepada azimah dan tidak semua pula kepada rukhsah. Semua itu perlu kepada kebijaksanaan, kesesuaian dan mengambil kira maqasid syarak. Mungkin mengambil jalan azimah sesuai dengan watak sebagai da’ie agar menjadi qudwah pada yang lain. Manakala untuk umat pula mengambil jalan yang mudah dan sepadan dengan mereka. Untuk mereka dilatih berpegang pada ‘azimah perlu kepada tarbiyah secara berhikmah dan dakwah yang panjang nafas. Allah suka untuk umat  mengambil rukhsah sebelum ‘azimah.
  • Untuk memastikan kesepaduan dua perkara ini, perlu kepada fiqh amali, hidup dengan mereka yang robbaniy agar dapat membezakan keperluan setiap manusia dengan manusia lain. Ia juga menuntut para da’ie memiliki fiqh al-waqie, faham latar kehidupan mad’u dan cabaran yang melingkungi mereka.
  • Ketiga-tiga prinsip ini akan menjadikan seorang da’ie menjadi da’ie yang faqih sesuai dengan saranan Allah di dalam al-Quran at- Taubah 122:

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).


 

 

 

 

Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban

Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Related posts:

  1. Fiqh Dakwah Fardiyah (Siri 1) Metodologi Dakwah Fardiah Dakwah ilallah adalah semulia-mulia amal dan sebaik-baik...
  2. Dakwah Amar Maaruf Nahi Mungkar: Penyelesaian kemelut sosial umat hari ini Nyawa mesti dibalas dengan nyawa. Inilah sahaja perkataan yang boleh...
  3. Muslimah sejati berperanan penting dalam mendaulatkan Islam Muslimah sejati memiliki keyakinan yang kukuh bahawa matlamat penciptaannya ialah...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

3 Mac 1924: Mencari penyelesaian kebangkitan umat

88 TAHUN GERHANA

Baiah para sahabat kepada Saidina Abu Bakar r.a yang telah membentuk sistem khilafah yang pertama akhirnya terpadam pada tanggal 3 Mac 1924 setelah 1291 tahun memimpin sebahagian besar dunia dalam misi mengembalikan penghambaan manusia kepada Allah s.w.t. Kesatuan umat yang telah mula dibentuk oleh muhajirin dan ansar sebagai asas kekuatan umat Islam di zaman Rasulullah akhirnya dihancurkan para musuh Islam dengan pelbagai bentuk serangan luaran dan dalaman. Kejatuhan khilafah telah menyaksikan bagaimana negara-negara Islam akhirnya dipecahkan kepada blok-blok kecil yang bukan hanya memisahkan sempadan namun telah turut memisahkan kekuatan umat dari kembali bangkit. Yahudi dan barat juga berjaya menerapkan pelbagai ideologi bermula dengan sekularisme pada zaman Mustafa Kamal Ataturk dan seterusnya telah berkembang kepada liberalisme, pluralisme, humanisme dan pelbagai fahaman yang berjaya menimbulkan kekeliruan terhadap Islam itu sendiri. Inilah yang dapat dilihat setelah 88 tahun, umat terus ditindas dan dilalaikan dengan kemaksiatan, malah cuba dipesongkan hala tuju agama itu. Namun kita perlu sentiasa meyakini janji Allah dalam firmanNya :

“Sesungguhnya telah tetap janji Kami bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami (orang yang beriman) itulah yang pasti menang.” (As-Soffat: 171-173) 

UMAT MENCARI SOLUSI

Kemenangan adalah suatu yang telah ditetapkan melalui sunnatullah dalam ayat-Nya,

“…Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…” (Ar-Ra’d: 11)

Maka hari ini kita melihat pelbagai ideologi perubahan mula ditonjolkan dan dunia menyaksikan berlakunya kebangkitan demi kebangkitan terutama seperti yang dilihat di negara Arab seperti Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Syria dan lain-lain lagi. Namun kita perlu melihat apakah asas yang diletakkan sebenarnya dalam setiap rentetan revolusi yang berlaku, adakah umat benar-benar bangkit kerana telah diisi jiwanya dengan keimanan atau hanya kerana tekanan kezaliman yang berlaku yang telah menjejas hak asasi manusia, lalu rakyat hanya bangkit supaya tumbangnya pemerintahan zalim ini untuk mendapatkan kembali kehidupan yang selesa. Di sini pentingnya kita mencari rujukan yang betul dalam mencari solusi supaya kita tidak tertipu dengan penyelesaian yang hanya cukup memuaskan akal dan nafsu manusia tetapi akhirnya tidak menjadi penegakan tauhid sebagai matlamat. Akhirnya kita terpaksa kembali kepada formula pembentukan tamadun yang telah dilakukan oleh Rasulullah iaitu membina peribadi-peribadi yang akan membentuk masyarakat dan menggerakkan segala sistem tak kira dari segi sosial, ekonomi, politik dan lain-lain.

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Usaha untuk mengembalikan kedaulatan Islam bukanlah dengan sekadar melaungkan kembali kebangkitan khilafah tanpa langkah praktikal yang jelas. Sepertimana Imam Hasan Al-Banna dalam maratib amalnya telah meletakkan i’adah al-kiyan ad-dauli (mengembalikan kewujudan negara) di fasa-fasa terakhir selepas usaha pembinaan peribadi, keluarga dan masyarakat berjalan dengan teratur. Dalam realiti umat Islam di Malaysia, kita tidak boleh menyangkal bahawa pendokong utama risalah ini telah ditaklifkan kepada bangsa Melayu, tanpa menafikan usaha-usaha muslim dari pelbagai bangsa yang lain. Bilangan majoriti bangsa Melayu ini sepatutnya memberi kuasa penentu yang kuat dalam menghalakan agenda Islam di Malaysia.

Kepimpinan Islam harus diletakkan kepada sebuah bangsa yang mempunyai dokongan yang kuat sepertimana yang telah berlaku ketika perlantikan khalifah Abu Bakar r.a yang berasal dari keturunan Quraisy yang mempunyai kuasa dominan untuk memimpin Arab ketika itu. Kewujudan Khilafah Turki Uthmaniyyah juga membuktikan bahawa kepimpinan Islam boleh beralih kepada suatu bangsa yang lain yang mempunyai kekuatan yang dominan. Akhirnya selama 407 tahun bangsa Turki Berjaya memerintah dunia Islam walaupun wahyu pertama diturunkan kepada bangsa Arab. Di sini kita melihat peranan suatu bangsa itu amat penting dalam menjayakan agenda Islam kerana Islam bukan agama magis yang akan tertegak dengan keyakinan tanpa usaha.

Dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia peranan bangsa muslim yang majoriti iaitu Melayu amat penting. Meskipun secara realitinya bangsa Melayu telah berpecah kerana perbezaan ideologi politik yang sangat ketara tetapi seharusnya bangsa Melayu masih boleh bersepakat dalam agenda yang sama iaitu agenda mempertahankan Islam. Perkara ini hanya boleh berlaku apabila semua pihak membebaskan diri dari kepompong pemikiran politik yang sempit. Ini kerana kita melihat sentimen politik yang turut dibawa dalam soal berkaitan agama Islam hanya akan memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan. Pertelingkahan Melayu di Malaysia akan melemahkan umat Islam itu sendiri dalam menentukan kata putus untuk bertegas terhadap ancaman yang berlaku.

Persepakatan yang diinginkan juga menuntut kita membina semula jadi diri orang Melayu terutamanya yang dilihat semakin terpengaruh dengan pelbagai aliran pemikiran yang mengelirukan supaya kembali kepada pemahaman Islam yang sebenar. Sesungguhnya apabila bangsa ini berjaya dibina secara tidak langsung ia akan menjadi bangsa qudwah yang memudahkan lagi dakwah terhadap bukan Islam. Suara Melayu yang sepakat ini juga akhirnya akan membentuk kuasa tawar-menawar yang kuat dalam menentukan hala tuju agenda Islam di Malaysia. Inilah antara langkah penyelesaian praktikal yang dapat dilihat dalam usaha mengembalikan kebangkitan umat bermula dengan tanah air kita yang tercinta Malaysia.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff: 4)

Oleh :
Ahmad Nu’man bin Mazlan
Tahun 1 Fiqh Usul
Universiti Yarmouk

Sumber: Laman Web ISMA Jordan

Related posts:

  1. Dakwah Amar Maaruf Nahi Mungkar: Penyelesaian kemelut sosial umat hari ini Nyawa mesti dibalas dengan nyawa. Inilah sahaja perkataan yang boleh...
  2. Titah diraja DYTM Raja Nazrin agar umat Islam bersatu harus dipandang serius ISMA menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Pemangku...
  3. Himpunan Sejuta Umat satukan orang Islam hadapi gerakan Kristianisasi BANGI, 2 Oktober – Satu perhimpunan yang dinamakan Himpunan Sejuta...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Dakwah Amar Maaruf Nahi Mungkar: Penyelesaian kemelut sosial umat hari ini

Nyawa mesti dibalas dengan nyawa. Inilah sahaja perkataan yang boleh dihamburkan kepada pembunuh kejam adik Nurul Nadirah dan kanak-kanak lain yang tidak berdosa, menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman manusia yang berhati binatang.

“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; Kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.” (Al-Maidah 5:32)

Ayat ini jelas menunjukkan perumpamaan orang yang membunuh satu jiwa yang tidak berdosa seperti dia membunuh kesemua manusia, dan mereka yang menyelamatkan seorang manusia seolah-olah menyelamatkan semua manusia yang lain.

Sebagai seorang Muslim, kita percaya dan menyakini janji Allah Taala kepada semua mangsa pembunuhan kejam dan zalim ini.

Melihat kepada suspek-suspek kes pembunuhan adik Nurul Nadirah, mereka disahkan terlibat dengan dadah jenis metamphetamine dan ice. Methamphetamine dan ice adalah nama saintifik bagi syabu. Ice juga diberi nama Glass, Crystal, Quartz, Ice Cream, Hirropon dan Baby Ice. Ice akan menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak dan menjadi perangsang kepada sistem saraf pusat. Ia merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.

Pendedahan ini menunjukkan bahayanya penagihan dadah kepada seseorang apabila ia mempengaruhi sistem saraf manusia dan mampu ‘menanggalkan’ sifat belas kasihan serta kewarasan pada diri penagih.

Ucapan ‘zaman kini tidak seselamat zaman dahulu’ kini meniti dari bibir ke bibir kebanyakkan daripada kita. Dengan meningkatnya jumlah penagih dadah di negara kita, semakin ‘tipisnya’ keselamatan persekitaran kita dan keluarga kita. Keadaan ini pastinya amat membimbangkan setiap ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak.

Pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku kepada kanak-kanak malang seumpama ini bukan sahaja perlu dilihat daripada aspek penjagaan keselamatan pihak ibu bapa, malah usaha berterusan pihak berwajib memerangi penagihan dadah dalam kalangan rakyat perlu dipertingkatkan.

Dari sudut yang lain, kita dapat lihat melalui permasalahan sosial ini, semakin terhakisnya nilai kasih sayang dalam diri dan jiwa manusia itu. Apabila manusia semakin hilang nilai kasih sayang dan kewarasan, kehidupan menjadi tidak selamat serta merupakan risiko bagi masyarakat sekeliling yang tidak berdosa. Hari-hari manusia akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.

Anak-anak sudah tidak selamat dibiarkan bermain di luar rumah tanpa pengawasan orang tua. Ibu bapa merasa bimbang dan risau setiap kali anak-anak keluar rumah walaupun ke sekolah. Suasana seumpama ini boleh menjadi bertambah serius, apabila kehidupan dihiasi dengan curiga dan keraguan yang tinggi terhadap orang lain.

Dalam hal ini, Islam mengajak manusia agar kembali ke pangkal jalan dan menggesa semua orang yang berfikir dan beriman kepada Allah Taala agar melaksanakan perintahNya dengan mengajak manusia meninggalkan kejahatan dan melakukan kebaikan.

Usaha dakwah Islamiah antara jalan penyelesaian kepada kemelut sosial umat hari ini. Tanggungjawab berdakwah perlu dipikul oleh semua orang Islam yang sayang tentang agamanya, sayang terhadap bangsa dan negaranya.

Ini sahaja yang boleh menyelesaikan masalah umat hari ini. Tidak salah untuk kita ‘menjaga tepi kain orang’ demi kebaikan kita bersama. Perasaan dendam, benci dan curiga hanya menambahparahkan penyakit umat dan isu masyarakat yang tidak berkesudahan.

Masyarakat Islam perlu bangkit menyebarkan Islam dan ajarannya yang penuh kasih sayang kepada mereka yang hilang pedoman hidup, hilang hala tuju, hilang jati diri dan nilai-nilai murni.

Mencegah itu lebih baik daripada membanteras.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber: Laman Web Wanita ISMA

Related posts:

  1. Fiqh Dakwah Fardiyah (Siri 1) Metodologi Dakwah Fardiah Dakwah ilallah adalah semulia-mulia amal dan sebaik-baik...
  2. Himpunan Sejuta Umat satukan orang Islam hadapi gerakan Kristianisasi BANGI, 2 Oktober – Satu perhimpunan yang dinamakan Himpunan Sejuta...
  3. Mengapa anda perlu hadir Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)? Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan pada 22 Oktober...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

We will keep You Updated...
Sign up to receive breaking news
as well as receive other site updates!
Sponsors


Featured Video
Sponsors
Enter 300x250 Ad Code Here
Popular Posts

ISMA pandang positif pendirian rasmi PAS mengenai hudud

ISMA memandang positif pendirian terbaru PAS yang mengulangi ikrar untuk melaksanakan hukum hudud jika dapat menguasai Putrajaya. Pendirian tersebut telah dikeluarkan oleh Tuan...

KEM TAHFIZ ANAK SOLEH (TAS)

Assalamualaikum wbt. Kelab Simba & Jasmin (NAZIM) dengan kerjasama Wanita ISMA Pulau Pinang akan menganjurkan program KEM TAHFIZ ANAK SOLEH (TAS) yang akan diadakan seperti...

Pemuda hari ini: Singa yang dijinakkan

Pemuda adalah rahsia bagi setiap kebangkitan umat yang dahagakan perubahan. Mereka di peringkat ini digelar oleh ulama silam sebagai Fasa Jununiyah (Fatrah Orang Gila). Mereka...

Ummu Habibah, Contoh Keperibadian Muslimah Sejati

Salah satu hasil yang membanggakan wanita muslimah dalam identiti Islamnya ialah beliau tidak pernah taat kepada apa saja selain Allah swt. Bahkan tidak juga kepada suaminya atau...
TV ISMA

http://tv.ismaweb.net

Galeri Gambar
Recent Posts
Recent Comments
Tak akan berlaku perdamaian dengan bangsa Israel hingga hari kiamat. Mereka akan dibunuh dengan batu. Pandai putaq alam "jika Israel
Last skali Anwar buat wayang lagi bagitau ayat diputaq belit kononnya "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan
Tanah Yusamadi bukan sebelah TNB laaa hang ni. Sebelah telekom daaa. Kalau hang dok atas bukit pemandangan indah,dari jauh hang dah
Dulu gua tabik betul sama Anwar masa mula-mula kena pecat Mahathir.Ceramah2 dia gua tak pernah miss, gua mesti pegi join. Berapi gil
Korang apa nak heran. Yahudi yang nikmat membunuh dan menyiksa orang tak berdosa pun sanggup dipertahankan. Inikan pula bangsa send
Tag Cloud
Enter Google Analytics Code Here